Wednesday, November 19, 2008

Akhirnya satu kelegaan dapat kembali mencoret sesuatu di ruangan yang sekain lama sunyi ini.
Dalam hambatan kesibukan hidup seorang penuntut ditambah dengan bebanan tugas seorang tutor, masa seakan satu kemewahan. Sekian banyaknya idea yang kerap datang namun tak dapat dikongsi, yang akhirnya lenyap begitu sahaja.
Teringat juga kata-kata seorang sahabat ketika mula-mula berjinak-jinak menulis di sini. Katanya, ramai yang ibarat hangat-hangat tahi ayam. Menulis sebentar kemudian menghilang. Terasa kata-kata itu tepat. Nyata amat sukar untuk menulis di sini tanpa akses peribadi ke Internet. Mahu ke kafe siber, suasananya agak tidak kondusif untuk membaja idea.
Sebenarnya, ada satu perkara sahaja yang ingin saya sentuh kali ini. Isu in seakan sudah basi, namun melihatkan keadaan yang tak pernah berubah, rasa terpanggil untuk menulis. Ia berkisar akan hal mel berantai.
Sudah menjadi satu kemestian atau hobi bagi sestengah pihak untuk memanjangkan apa-apa sahaja bahan yang dapat dikongsi. Memandangkan semuanya dapat dilakukan dengan satu klik sahaja, maka ramailah yang ringan tangan.
Benar, Rasulullah S.A.W. menggalakkan kita berkongsi ilmu, walau sepatah ayat pun. Sayangnya, kebanyakan kita tidak sama sekali melakukan apa-papa proses tapisan @ filtering sebelum memanjangkan mel-mel tersebut. Adakah bahan yang kita kongsi itu ilmu yang berfaedah? Atau sesuatu yang boleh menyesatkan?
Terlalu banyak mel-mel yang diakhiri 'ganjaran' kepada yang memanjangkan dan 'hukuman' kepada yang degil. Ambil satu contoh, "forwardkan kepada 10 orang, dan anda akan mendapat berita baik dalam masa 1minggu", atau "forwardkan kepada kwn2 anda dan lihat berapa ramai yang menghantar kembali mel ni kepada anda (sbg tanda menyayangi)".
Tidakkah terlalu mengarut untuk membca, melayan apatah lagi mempercayai mesej-mesej khurafat sebegitu?? Dan jaga-jaga, mempercayai ada sesuatu selain Allah yang mampu membawa kebaikan atau menimpakan kemudharatan kepada kita itu at least akan membawa kepada Syirik, kalau tidak jatuh hukum syirik sekalipun. Na'uzubillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...