Wednesday, June 4, 2008

SAMBUTAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT

SEKRETARIAT SAMBUTAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT
3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/B, Seksyen 9, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5511-7781 Fax : 03-5511-7782

KENYATAAN MEDIA

Shah Alam, 31hb Mei 2008 bersamaan 25 JamadilAwal 1429
Sekretariat Pakatan Rakat Negeri Selangor akan menyambut 100 Hari Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada 20hb Jun 2008, bertempat di Stadium Shah Alam, pukul 7.30 Malam.
Sambutan ini dimulakan dengan Gerai Jualan dan Pameran disekitar stadium dan pada sebelah malamnya akan diadakan Ceramah Perdana 100 Hari Pakatan Rakyat. Antara Tetamu Kehormat adalah Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang , YB Lim Kit Siang dan beberapa Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat akan turut serta.
Pihak kami mengalu-alukan hebahan dan promosi bagi menjayakan program ini, disediakan ”banner” untuk dimuatkan di laman-laman web.
Program ini disokong dan mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor.
Sekreteriat Pakatan Rakyat Negeri Selangor

CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

19HB MEI KHAMIS

8.00mlm: Solat Hajat & Yassin Di Semua Masjid & Surau
Majlis Kesyukuran
Semua Masjid & Surau Semua Rumah Ibadat.

20HB MEI JUMAAT

9pg- 12mlm: Gerai Jualan & Pameran

7.30mlm: Ceramah Perdana 100 Hari Pakatan Rakyat Selangor

Dato’ Seri Anwar Ibrahim·
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim·
YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail·
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang·
YB Lim Kit Siang
Bertempat di Stadium Shah Alam

21HB MEI SABTU22

Ceramah Perdana Serentak di 22 Parlimen
Perhimpunan Ahli Baru Semua Parlimen Negeri Selangor masing masing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...